Wednesday 20 April 2016

Cara Nak Mengelakkan Tertipu Bila Nak Renovate Rumah

Semalam semasa keluar minum dengan rakan bisnes aku, memberitahu ada seorang kawannya telah kehilangan RM25,000 kepada kontraktor yang sepatutnya membuat ubahsuai kepada rumahnya.

Perkara ini terjadi kerana dia percaya sangat dgn kontraktor tu lalu menyerahkan wang sebanyak itu untuk membeli barang.

Aku kenal dgn kontraktor yg nak renovate rumahnya itu sebab aku pernah minta bantuannya utk buat kerja2 kecil di rumah aku tak lama dulu. Dia dari Seberang. Dah lama tinggal di negara kita dan telah buat rumah di sini. Tengok rupa memang muka inesen. Tapi mungkin bila dah pegang wang 25K mata jadi gelap. Bila dah gelap mata, duit tu dibawa lari!

Ini bukan kes pertama org nak renovate rumah kena kapur. Ada yg dah siap separuh rumahnya kontraktor cabut. Duit pula dah habis bayar. Terpaksa cari duit lagi dan tukar kontraktor.

Nasihat aku kepada sesiapa yg nak renovate rumah:

1) cari kontraktor yang berwibawa dan kalau boleh yg dikenali. Main panggil aje kontraktor yg mengiklankan syarikat mereka melalui kad bisnes yg dimasukkan ke dalam peti surat kita bukan satu idea yg bagus kerana kita tak tahu kebolehan dan integriti kontraktor itu.

2) kalau tak kenal mana2 kontraktor yg berwibawa, tanyalah kengkawan atau jiran yg dah buat renovation dan mendapat khidmat yg memuaskan dan harga yg berpatutan

3) bila dah dapat kontraktor dan telah bersetuju dgn harga dan jadual kerja, jangan berikan wang melebihi daripada yg diperlukan utk kerja di peringkat tersebut. Contohnya jika keseluruhan harga projek ialah RM50K mungkin anda hanya beri kontraktor itu RM10K untuk membeli barang peringkat awal. Lebih baik lagi jika anda sendiri pergi membayar harga barang tersebut di kedai hardware setelah kontraktor itu membuat pesanan. Jadi anda tak perlu memberi duit itu kepada kontraktor tersebut.

4) kontraktor biasanya membayar gaji pekerjanya dua minggu sekali. Maka anda hanya membayar upah kerja setiap dua minggu berdasarkan kemajuan projek. Bayar upah kerja itu pada hari gaji mereka.

Inilah di antara tip yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh kontraktor yg tak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment