Wednesday 20 April 2016

Cara Nak Mengelakkan Tertipu Bila Nak Renovate Rumah

Semalam semasa keluar minum dengan rakan bisnes aku, memberitahu ada seorang kawannya telah kehilangan RM25,000 kepada kontraktor yang sepatutnya membuat ubahsuai kepada rumahnya.

Perkara ini terjadi kerana dia percaya sangat dgn kontraktor tu lalu menyerahkan wang sebanyak itu untuk membeli barang.

Aku kenal dgn kontraktor yg nak renovate rumahnya itu sebab aku pernah minta bantuannya utk buat kerja2 kecil di rumah aku tak lama dulu. Dia dari Seberang. Dah lama tinggal di negara kita dan telah buat rumah di sini. Tengok rupa memang muka inesen. Tapi mungkin bila dah pegang wang 25K mata jadi gelap. Bila dah gelap mata, duit tu dibawa lari!

Ini bukan kes pertama org nak renovate rumah kena kapur. Ada yg dah siap separuh rumahnya kontraktor cabut. Duit pula dah habis bayar. Terpaksa cari duit lagi dan tukar kontraktor.

Nasihat aku kepada sesiapa yg nak renovate rumah:

1) cari kontraktor yang berwibawa dan kalau boleh yg dikenali. Main panggil aje kontraktor yg mengiklankan syarikat mereka melalui kad bisnes yg dimasukkan ke dalam peti surat kita bukan satu idea yg bagus kerana kita tak tahu kebolehan dan integriti kontraktor itu.

2) kalau tak kenal mana2 kontraktor yg berwibawa, tanyalah kengkawan atau jiran yg dah buat renovation dan mendapat khidmat yg memuaskan dan harga yg berpatutan

3) bila dah dapat kontraktor dan telah bersetuju dgn harga dan jadual kerja, jangan berikan wang melebihi daripada yg diperlukan utk kerja di peringkat tersebut. Contohnya jika keseluruhan harga projek ialah RM50K mungkin anda hanya beri kontraktor itu RM10K untuk membeli barang peringkat awal. Lebih baik lagi jika anda sendiri pergi membayar harga barang tersebut di kedai hardware setelah kontraktor itu membuat pesanan. Jadi anda tak perlu memberi duit itu kepada kontraktor tersebut.

4) kontraktor biasanya membayar gaji pekerjanya dua minggu sekali. Maka anda hanya membayar upah kerja setiap dua minggu berdasarkan kemajuan projek. Bayar upah kerja itu pada hari gaji mereka.

Inilah di antara tip yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh kontraktor yg tak bertanggungjawab.

Saturday 16 April 2016

Cara Memperbaiki Dinding yang Retak


Posted on April 16, 2016 by BIS MAJU NIAGA


Sering kita jumpai keretakan pada dinding rumah atau gedung lama atau pun yang baru dibuat. Retak pada dinding bisa berupa belahan plesteran horizontal maupun vertikal, retak rambut (berupa garis-garis kecil) pecah pada bagian plesteran dan sebagainya.
Pengetahuan tentang penyebab retak pada dinding perlu diketahui agar dapat dilakukan tindakan perbaikan yang efektif. Pengecekan terhadap bagian tertentu dari dinding, pasangan bata dan struktur rumah dianjurkan sehingga dapat diperkirakan penyebabnya. Keretakan dapat terjadi akibat kesalahan teknis sewaktu memasang bata yang tidak diberi angkur pada sisi beton sehingga tidak mengikat, plesteran yang terlalu banyak semen dapat juga menyebabkan keretakan.
Jenis keretakan dan penyebabnya
Dinding retak struktur
Keretakan ini disebabkan oleh pergerakan tanah akibat gempa bumi, atau pondasi dasar yang tidak kuat, akibat tidak diterucut dengan gelam pada bagian bawahnya. Sebagai catatan, keretakan ini tidak menyebabkan rumah atau bangunan roboh, jadi masih dapat diperbaiki.


Retak pada pasangan batu bata akibat adonan yang tidak baik sehingga berpengaruh dan terlihat pada bagian plesteran.
Retak rambut pada dinding. Retak rambut dapat diakibatkan oleh kesalahan teknis pada saat melakukan plester, misalnya terlalu banyak semen pada adonan plester, atau kurang air dan terlalu banyak air. Mlester di waktu panas terik, sehingga plesteran langsung mengering dan terjadilah keretakan. Pasir beton yang kurang baik juga dapat mengakibatkan plesteran retak.


Terlalu terburu-buru memoles plamir pada dinding yang masih basah, hal ini mengakibatkan pori-pori plesteran tertutup sebelum plesteran mengering, sehigga terjadi penyusutan.
Jika keretakan terjadi pada aci, biasanya diakibatkann oleh kurang air pada saat pengacian atau panas terik yang mengakibatkan acian retak rambut.


Memperbaiki retak dinding
Jika retak terjadi akibat retak struktur, maka lakukan penyuntikan pada dinding dengan cara siapkan adonan plester dan aci. Siapkan beberapa potong besi ukuran diameter 8-10 mm, potong sepanjang 50 cm, bengkokan kedua ujungnya. Kelupas dahulu plesteran pada bagian dinding yang retak, masukkan pada bagian dinding sebagai pengerat. Hal ini seperti kita menjahit kain yang sobek. Kemudian tutup kembali dengan aci dan plesteran hingga besi tidak terlihat dan dinding halus seperti semula. Biarkan hingga dinding mengering, baru di cat dan diplamir.
Jika terjadi retak rambut, sebagai solusinya silakan baca tips dan cara berikut ini:


-Ketika melakukan plesteran, gunakan pasir yang kasar dan tidak mengandung lumpur sehingga tidak terjadi penyusutan pada plesteran.
-Adonan plester tidak boleh terlalu banyak semen PC, sebab hasil plesteran akan cepat menyusut. Gunakan adonan plester dengan perbandingan 1 bagian semen PC dan 3 bagian pasir beton.
-Lakukan langkah perbaikan dengan cara tandai semua bagian dinding yang mengalami retak rambut menggunakan spidol.
-Kelupas cat pada dinding yang retak rambut, bersihkan dari semua sisa kotoran menggunakan air. Biarkan mengering.
-Aci ulang semua bagian yang telah dikelupas, jika telah selesai dan kering beberapa hari, lapisi dengan wall sealer agar daya rekat cat lebih baik.
Jika telah kering silakan dinding dicat dengan warna yang sama dengan dinding sebelumnya sehingga hasilnya seragam dan tidak belang.
Cara memperbaiki dinding yang retak telah saya uraikan, semoga dapat dipahami dan bermanfaat bagi Anda.




Sunday 10 April 2016

Belajar Cara Bertukang Kayu & Bina Perabot Sendiri




http://www.howtobuildanything.info/?hop=izwan73
Belajar cara bertukang kayu & bina perabot sendiri

Assalamualaikum & salam sejahtera! Nak jimat duit & buat kabinet dapur sendiri? Jom belajar bertukang kayu! Bertukang kayu bukan hanya hobi semata-mata, ia adalah satu cara yang baik untuk berehat sambil membina sesuatu yang cantik & bermanfaat. 


Ada pelbagai teknik bertukang kayu yang apabila digabungkan akan memudahkan anda mempelajari cara bertukang kayu walaupun anda orang baru belajar dan anda akan berkeyakinan untuk membuat kerja-kerja bertukang yang lebih rumit.


Sama ada anda berminat dalam bidang pertukangan kayu semata-mata untuk mengubahsuai rumah anda sendiri, membuat kabinet atau perabot rumah atau anda ingin masuk ke dalam profesion dalam pekerjaan komersial, terdapat pelbagai cara anda boleh belajar bertukang dalam industri pertukangan. Jika anda lebih suka belajar dari rumah, ilmu bertukang kayu boleh didapati melalui pelbagai jenis media. Anda juga boleh berhubung dengan orang baru dalam bidang pertukangan dan pakar-pakar dalam bertukang kayu secara online melalui forum dan persatuan.

Berikut adalah beberapa tips sebagai langkah awal untuk belajar cara bertukang kayu ;


1. Beli buku panduan cara bertukang kayu atau video panduan bertukang kayu dan bina perpustakaan sebagai rujukan di rumah anda sendiri. Kumpulkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh sebelum membeli sebarang alat bertukang.


2. Bina koleksi alat bertukang anda dengan memulakan dengan peralatan asas bagi kerja kayu. Pertimbangkan untuk beli alat bertukang yang sesuai & sepadan dengan projek kecil yang anda akan mulakan. Mulakan dengan kit toolbox yang mudah dan beli alat-alat pertukangan yang anda perlukan untuk projek tersebut; semasa anda sedang membina perabot atau apa sahaja anda akan dapati bahawa anda akan beli pelbagai alat pertukangan tambahan dari masa ke semasa.


3. Mulakan latihan bertukang kayu dengan menggunakan papan kayu murah atau sisa papan kayu dan mahirkan diri dengan membina rangka asas perabot/kabinet sebelum beralih kepada kerja pertukangan yang lebih rumit. Kesilapan yang anda lakukan dalam kerja asas pertukangan ini akan membantu mengelakkan kesilapan yang mungkin berlaku semasa anda mula bertukang dengan menggunakan bahan/kayu yang lebih mahal.

4. Untuk mantapkan ilmu & kemahiran bertukang anda, cari kelas pertukangan di kolej komuniti kawasan anda atau mana-mana kelas pertukangan yang mengenakan yuran berpatutan. Sesiapa sahaja boleh belajar bertukang di Kolej Komuniti dengan yuran yang rendah walaupun ilmu tersebut hanya untuk kegunaan peribadi atau untuk berniaga. Banyak kolej komuniti menawarkan pelbagai kursus & pelbagai peringkat kemahiran dalam bidang kerja kayu.

5. Hubungi jabatan pendidikan masyarakat & komuniti di kawasan anda dan minta senarai kelas pertukangan kayu yang ada ditawarkan melalui sistem pendidikan peringkat kemahiran. Terdapat banyak program pendidikan komuniti yang menawarkan kelas kemahiran kerja kayu untuk semua peringkat umur yang berminat.

6. Cari dalam internet kumpulan/grup yang minat dalam hobi bertukang & kerja kayu di kawasan anda. Ramai tukang kayu menyertai kelab-kelab/forum atau organisasi direka khas untuk kemahiran mereka dan anda boleh sertai mereka untuk bertukar pendapat dan menimba ilmu pertukangan yang baru.

7. Cari maklumat tentang ilmu pertukangan & kerja kayu di perpustakaan tempatan anda dan dapatkan maklumat mengenai persatuan kerja kayu dan cara untuk menghubungi mereka.

BAHAN RUJUKAN YANG DISYORKAN;
Dibawah adalah bahan bacaan yang disyorkan sebagai rujukan & boleh dimuatturun ke komputer anda ;

1. How To Build Anything - Panduan ini sesuai untuk belajar asas bertukang kayu dan anda diajar langkah demi langkah bertukang hanya dengan menggunakan 3 alat & 3 papan kayu sahaja.

2. Teds Woodworking Plans - Panduan ini sesuai untuk anda yang dah mahir asas bertukang kayu & terdapat lebih 16,000 pelan & gambarajah perabot & kerja kayu untuk rujukan idea anda dalam mereka bentuk & membina perabot anda sendiri.

3. My Shed Plans - Panduan ini menyenaraikan lebih 12,000 pelan/gambarajah untuk membina shed/stor & pelbagai reka bentuk perabot; sesuai bagi yang dah mahir asas bertukang kayu.

4. Joe's Deck Plans - Panduan ini mempunyai lebih 2440 pelan rujukan untukpembinaan kerja kayu bagi membina perabot & binaan kerja kayu yang lebih kompleks di luar rumah.

Diharap semua tips yang dikongsikan akan membantu anda belajar bertukang kayu hingga mahir & mampu menjadikan hobi anda sebagai jalan untuk buat duit! Selamat bertukang kayu!

Tuesday 5 April 2016

5 Tips Bagaimana Membina Stor Kayu Sendiri & Jimat Wang!



Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Ramai orang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh membina sendiri Stor Kayu di belakang rumah tanpa membeli Stor Kayu yang mahal giller di kedai-kedai! Ya, dengan adanya internet, hal ini menjadi mudah kerana terdapat ribuan pelan Stor Kayu yang lengkap dengan panduan membina Stor Kayu langkah-demi-langkah. Anda boleh beli pelan Stor Kayu secara online atau download percuma dari internet. Dalam post kali ini, saya nak kongsi 5 tips ringkas bagaimana anda boleh membina Stor Kayu sendiri.
Ada sesetengah orang merasakan bahawa membina Stor Kayu adalah mudah dan boleh dibuat secara hentam keromo! Jadi golongan ini pergi ke kedai hardware, beli beberapa alatan pertukangan dan beberapa papan kayu lalu balik ke rumah serta mula membina sendiri Stor Kayu secara main bedal aje! TIDAK! Ini prosedur yang kurang tepat!
Jika anda ingin membina Stor Kayu yang cantik, kemas dan tahan lama, anda WAJIB merujuk kepada pelan Stor Kayu yang menggariskan langkah-demi-langkah cara membina Stor Kayu dengan betul. Dengan merujuk kepada pelan Stor Kayu barulah hasil pertukangan anda menjadi kemas dan anda akan bangga dengan hasil kerja anda! Jiran-jiran yang melihat hasil kerja anda pun mungkin akan mengupah anda membina stor kayu untuk mereka! Boleh buat duit $$$$ beb!
OK, Berhenti berangan! Berikut adalah antara langkah yang perlu anda lakukan;
1. Lokasi Stor Kayu
Anda mesti bermula dengan menentukan di mana lokasi Stor Kayu yang sesuai di laman rumah anda; di belakang, depan atau di tepi rumah? Pastikan anda mencari sudut dan lokasi Stor Kayu yang sesuai dan kedudukan Stor Kayu tersebut tidak mengganggu pagar rumah jiran atau melanggar undang-undang bangunan pihak majlis daerah kawan perumahan anda.
2. Bahan Tapak Asas Stor Kayu
Langkah berikutnya ialah menentukan bahan 'foundation' atau tapak asas bagi menempatkan Stor Kayu anda. Nak guna Konkrit slab? Atau tapak kayu? Hal ini terpulang kepada anda, tapi ingat jika anda bercadang untuk memindahkan Stor Kayu tersebut, tapak kayu boleh dibuka/dipindahkan dengan mudah. Manakala tapak konkrit akan kekal dan perlu dipecahkan. Banyak rekabentuk Stor Kayu sekarang dibina dengan menggunakan tapak 'foundation' kayu yang kemas dan baik dari segi ketahanan dsb.
3. Jenis Rekabentuk Stor Kayu
Setelah memilih lokasi dan jenis 'foundation' yang akan anda gunakan untuk meletakkan Stor Kayu anda, sekarang anda perlu memilih pelan rekabentuk Stor Kayu yang anda inginkan. Ada banyak pelan rekabentuk Stor Kayu online, contohnya dari sebuah Stor Kayu yang bersaiz sederhana berbentuk 4 segi hinggalah rekabentuk Stor Kayu yang lebih besar berbentuk L atau U atau Stor Kayu 2 tingkat! Dalam hal ini, pastikan anda memilih rekabentuk Stor Kayu yang sesuai dengan keperluan anda serta sesuai dengan lokasi sebelum mula membina Stor Kayu anda.
4. Saiz Stor Kayu
Saiz Stor Kayu amat penting; jika anda hanya menyimpan benda-benda kecil seperti pasu bunga, alat berkebun dan mesin pemotong rumput, sebuah Stor Kayu kecil bersaiz 10' x 12' mungkin sesuai untuk anda. Tetapi jika anda nak simpan mesin pemotong rumput roda 4, bermacam-macam alat pertukangan, dan ingin menyimpan perabot/buku lama dalam Stor Kayu, sudah tentu anda perlu membina Stor Kayu yang lebih besar.
5. Ruang Kerja dalam Stor Kayu
Dalam hal ini, jika anda menggunakan Stor Kayu anda sebagai kawasan kerja untuk bertukang dsb, maka keluasan ruang kerja perlu dipertimbangkan. Anda akan memerlukan lebih banyak ruang untuk bergerak di dalam Stor Kayu tersebut, sebagai contoh ketika bertukang, anda perlu bergerak untuk bekerja dan mengambil peralatan pertukangan yang diletakkan di dinding atau rak kayu. Jadi sudah tentu anda perlukan ruang Stor Kayu yang lebih luas.
Sebenarnya ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan jika anda bercadang untuk membina Stor Kayu sendiri, jadi 5 tips ringkas di atas adalah sebagai asas panduan dalam membantu anda membina Stor Kayu sendiri. Dengan panduan dari pelan Stor Kayu yang lengkap serta perancangan yang tepat, anda akan mampu membina sebuah Stor Kayu dengan kos yang lebih murah daripada membeli Stor Kayu 'ready made' di kedai.
Projek membina Stor Kayu juga boleh dijadikan sebagai wadah untuk riadah seisi keluarga dan anda boleh mengajak kaum keluarga anda untuk sama-sama berseronok membina Stor Kayu tersebut. Jimatkan wang, riadah bersama keluarga dan Selamat membina Stor Kayu anda!

MENGENAI KAMI DI BIS MAJU NIAGA

Kepakaran Kami adalah membantu Perusaha Rumah, Keluarga dan individu yang memerlukan barangan Hardware/Electrical seperti, simen,pasir, batu bata,cat, mesin-mesin dan barangan electrical di daerah besut dengan harga yang berpatutan dan ganjaran yang menarik dari kami.

















BIS MAJU NIAGA merupakan salah satu peruncit bumiputera yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam membuat urusan perniagaan yang berbentuk membekal dan membina barangan binaan demi memenuhi keperluan industri pembinaan dan keperluan pelanggan yang kian memerlukan barangan tersebut. kepakaran kami di BIS MAJU NIAGA adalah untuk memenuhi segala keperluan pelanggan tidak kira berbentuk servis binaan ataupun berbentuk produk barangan bahan binaan.